Wednesday, June 18, 2014

KEK BLUEBERRY CHEESE DAN KEK CHOCOLATE MOIST



Kek - kek ini ditempah oleh Puan Rodiah dari Pejabat JKR di Mines, Seri Kembangan...bersempena dengan sambutan Anugerah Pekerja Cemerlang 2013...

Kami dari Lisa Cake Cookies mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan semoga terus memberikan khidmat terbaik untuk JKR Malaysia... :)


Monday, June 16, 2014

Assalamualaikum semua...semoga semuanya sihat dan bahagia selalu...di dalam rahmat Allah hendaknya...

Saya ingin memaklumkan saya akan menutup tempahan untuk tarikh berikut iaitu 19-23hb Jun 2014...saya akan menghadiri kursus teambuilding pejabat saya di Kota Kinabalu,Sabah...

Semoga ketemu lagi selepas 23hb Jun nanti....kini sibuk untuk menyiapkan tempahan sebelum bertolak ke KK....salam sayang kepada semua pelanggan yang menyokong industri bakery saya ini.... :)

Sunday, June 15, 2014

KEK HANTARAN MASJID


Kek ini tempahan dari Pn Zahirah dari Kajang hadiah untuk anak buah yang bertunang...ini adalah attempt bertama saya untuk membuat kek berbentuk masjid...adalah sangat mencabar... tapi bila siap saya berasa puas dengan hasil kerja saya...alhamdulillah...syukur kepada Allah

Perkenalan saya dan Pn Zahirah amat unik..Pn Zahirah hanya bertanya siapa yang ada menerima tempahan kek fondan semasa beliau datang ke salah satu kedai di kawasan Bdr Tun Hussein Onn iaitu kawasan rumah saya.kebetulan orang itu adalah jiran saya..lalu jiran saya memberikan no telefon saya dan itulah permulaan perkenalan kami...dan kini Pn Zahirah sudah menjadi regular customer saya...mudah berurusan dengan beliau kerana so sporting dan sama-sama memberikan idea kepada saya bagaimana kek yang dimahukan...tabarakallah Pn Zahirah... :)





CUPCAKES HANTARAN DAN CUPCAKES HARI BAPA

Kek hantaran tema biru di tempah oleh Pn Faza dari Taman Tun Perak untuk majlis pertunangan adik beliau...Komen dari Pn Faza.."Cantiknya.."





Cupcakes ini pula untuk ayah beliau bersempena dengan Hari Bapa...


KEK CHEESE OREO

Oreo cheese cake ..permintaan dari anak2 yang dah lama tidak sempat saya penuhi permintaannya...ini bersempena dengan belated birthday untuk anak sulung ku...Amirul Shafiq...semoga sihat, murah rezeki dan mendapat rahmatNya...amin


KEK SNOWY CHEESE DEMAM BOLA


Snowy Cheese Cake ordered by Pn Salbiah from Bdr Tun Hussein Onn Cheras...for her sons birthday...

her comment "Lisa, tq ya..My kids love d cake. It is very beautiful.Memenuhi tema demam bola..terbaik.."

Monday, June 9, 2014

SNOWY CHEESE CAKE FOR DOUBLE TRIPPLE CELEBRATION

Kek di order oleh Puan Sabariah dari pangsapuri Suakasih, Bdr Tun Hussein Onn Cheras...

komen darinya "kek best sangat sampai tidak sempat rasa dah habis"...Thanks puan kerana memberi kepercayaan kepada saya setiap tahun untuk membuat kek hari jadi dan ulangtahun perkahwinan puan..

Tuesday, June 3, 2014

CAPUCHINO CUPCAKES UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN

Cupcakes hadiah untuk anak sepupu yang melangsungkan perkahwinan pada 31 Mei 2014, Amar dan Nurul...semoga bahagia ke jannah...amin


KEK MARBLE UNTUK IBU YANG MENGIDAM...

Tempahan pertama saya selepas bercuti rehat yang agak lama ialah dari Pn Atie yang mengidam kek marble flavor vanilla dan coklat..saya terlupa mengambil gambar maka gambar terdahulu lah menjadi pameran ya...
Terima kasih Pn Atie..semoga selamat melahirkan baby yang comel dan sihat...amin

UMRAH 2014



Alhamdulillah saya telah pulang dari Umrah bersama suami...Saya share kan disini sedikit dari gambar-gambar kenangan dan keindahana madinah...masjid nabawi dan bukit uhud......penuh dengan sejarah dan ibrah...semoga kami dapat berkujung lagi ke haramain inshaallah...