Assalamualaikum dan hai pelanggan tersayang...saya ingin memohon maaf sekiranya telqh lama menutup tempahan keo dqn pastri keluaran Lisa Homemade...dan mungkin ada email2 yang tidak saya balas...
Actually, saya bercuti rehat kerana sebab2 kesihatan saya. Pada 1 Oct 2015 yang lalu saya telah didiagnose mengalami breast kanser stage 4 dan telah merebak ke tulang2 badan saya.
Buat masa ini saya di bawah jagaan Prof Rohaizak di HUKM dan pengambilan ubat hormon.
ok, saya bukanlah nak cerita mengenai penyakot saya sangat di sini...cuma untuk memberitahu pelanggan2 saya..saya mungkin terpaksa menutup tempahan agak lama. Dan mungkin anda semua boleh mengikuti perkembangan di blog ini sekiranya saya membuka tempahan semula dan akan merealisasikan impian kek anda...
Saya juga akan mengubah sedikit visi blog ini bukan hanya kepada jualan kek dan pastri. Saya akan mula berkongsi resepi2 masakan saya.
Kerana sebagai seorang pesakit kanser...saya terpaksa menjaga pemakanan saya...mungkin nanti perkongsian saya ini dapat di manfaatkan oleh insan2 lain....
Kepada semua yang berkunjung di blog ini...doakanlah saya sembuh dan sihat seperti sediakala ya...insya allah....
Salam sayang
Lisa Homemade Cakes & Cookies